Assalamualaikum
Petang isnin bersamaan 21Mei2012 aku dikejutkan dengan berita buruk dan amat sedih dimana satu-satunya insan tersayang yang rapat telah meninggalkan diri ini . Meninggalkan bukan sementara tapi untuk selama-lamanya . Bagaikan tidak percaya dan sungguh ku tak percaya dengan berita yang baru ku terima itu dan Ya Allah air mata terus mengalir dipipi . Namun ku gagahkan diri untuk meng-packed baju serta pakaian . Bertolak dari sini dalam keadaan hujan lebat yang seolah-olah mengerti dengan pemergian insan yang tersayang .
Sesampai nya aku disana dengan tanpa membuang masa mengambil wudhu dan membacakan surah yassin untuk arwah dan duduk kembali serta menyelak kain putih untuk menatap wajahnya buat kali terakhir . Justeru itu, aku terus teringat detik lalu semasa arwah sakit tidak tumpah seperti anak kecil yang menginginkan perhatian dan mengurut serta memicit tangan,kaki serta perut yang sakit . Suara tengelam timbul yang meminta tolong menerpa ke gegendang telingaku . Sesungguhnya harapan aku tidak kesampaian untuk membawa insan tersayang untuk menyaksikan hari convocation pada tahun hadapan, serta harapan madam untuk membawa arwah tinggal dirumah kami selepas siap renovation serta menyaksikan hari bersejarah anak sulung madam .
Setelah semua sepakat dan sebulat suara mengambil keputusan untuk mengebumikan arwah keesokan pagi untuk memberi peluang kepada saudara jauh melawat dan melihat arwah buat kali terakhir . Bau limau nipis, kemenyan dan kain kafan lagi membuatkan aku sedar yang arwah memang benar-benar sudah pergi kerana Allah lebih menyayangi nya . Kali ini aku tewas dengan air mata yang sudah mengalir laju dan membasahi pipi, mengambil sedikit masa untuk tenang serta usap air mata untuk mencium arwah buat kali terakhir .
Sungguh kehadiran tetamu tidak putus-putus dari petang hingga ke malam dan bersambung sehingga hari pengebumian . Sedara jauh yang datang dari utara sehinggalah selatan bergegas datang, sedara serta jiran yang baru habis bekerja pown turut bergegas pulang untuk menziarahi rumah nenda . Dan tidak sangka ada juga insan yang boleh dikatakan rapat dengan familyku benar-benar ingin turut serta menziarahi dan mengikuti pengebumian tetapi hanya mampu mengirimkan doa dan ucapan takziah kerana tidak tahu jalan ke kampung nenda . Terima kasih buat semua .
Khamis selesai hari ketiga kenduri tahlil buat arwah mata seolah olah tidak mengantok walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi seramai lima orang cerita saat terakhir arwah, saat-saat arwah sakit, dan memandang kearah bilik tidur arwah ibarat arwah masih ada dan sedang tidur didalam biliknya .
Hari ini Isnin petang aku pulang ke kampung untuk membuat persiapan kenduri tahlil sempena seminggu arwah meninggalkan kami . Pulang ke kampung suasana tidak seperti dulu kini semuanya terasa sunyi dan sepi . Jenguk ke bilik arwah yang hanya ada pakaian dan barang-barang milik arwah seperti kad appointment doc, ubat-ubatan, sampul x-ray. Ramadhan dan raya tahun ini tidak ceria seperti tahun lepas, masih terngiang suara arwah pada pagi raya aidilfitri 2011 sedang arwah duduk lantas aku membetulkan tudung nya sempat arwah berseloroh "mana taw nie raya terakhir uwan kew"..Hhmm memang benar kata-kata nya . Bagaikan tidak percaya sudah seminggu arwah meninggalkan kami semua . Semoga roh Nenda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Al-Fatihah...

